Labels

Monday, December 16, 2013

TANGGUNGJAWAB

"Akak, jaga adik ye... mak nak pergi Warta dengan abah... nanti mak belikan makanan "kata mak kepada aku.
"Baik, mak.." balasku sambil tersenyum.
Aku dan adik-adikku memandang dan tersengih di antara satu sama lain. Nak tahu kenapa ? Sebab dalam fikiran kami ni dah rancang nak main apa lepas mak dan abah pergi warta.
"BYE, MAK !!! BYE, ABAH!!!." begitu bersungguh-sungguh aku dan adik-adikku melambai-lambaikan tangan sewaktu mak dan abah keluar dari rumah.
Setelah mak dan abah hilang dari pandangan mata kami, aku dan adik-adikku begitu seronok dan mengambil kesempatan di waktu itu untuk bermain sepuasnya... seronoknya!YAY!
Sedang kami leka bermain, ...
"PRANG !!!" bunyi apakah itu ?
Hmm... tu la bunyi kaca yang pecah di rumah kami.
Pada saat itu aku sangat TERKEJUT dan sangat GELABAH... pada saat itu mata aku hanya FOKUS kepada kepala adikku sahaja... "DARAH ? Kepala ajim berDARAH ? "aku seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan itu. Aku menggosok-gosok mata aku dan berharap apa yang terjadi itu HANYALAH sebuah mimpi ngeri. Namun, ia bukanlah satu mimpi, ia adalah sebuah KENYATAAN !
YA ALLAH, aku terlepas tangan adikku sewaktu kami main pusing2. Dan adikku melayang ke arah rak kaca itu,
Setelah aku sedar dari realiti, tanpa berlengah lagi, aku menarik tangan ajim,adikku ke bilik air untuk mengelap kepalanya yang berdarah itu.
Aku dapat merasakan air mata aku mengalir dengan banyaknya pada waktu itu dan aku tiada masa untuk mengelap air mata aku itu tetapi masa itu beralih untuk mengelap darah di kepala adikku,
"Sakit tak, ajim ?" aku hanya putarkan soalan yang sama kepada adikku dan ajim hanya menjawab "Tak.." dan boleh tersengih-sengih lagi. Dan hatiku sedikit reda apabila melihat sengihannya itu. Aku tahu adik aku ingin aku tenang dan dengan coolnya dia menjawab "tak sakit la, kak. Biasa je aku rasa.". Tanpa banyak mulut lagi, aku mengambil minyak gamat dan mengelap kepala adik aku perlahan-lahan menggunakan kapas.
Alhamdulillah, semasa abah dan emak balik, mereka tak marah2 aku.

Itulah kisah benar yang pernah aku alami semasa aku darjah 4. Dari situ, aku kenal apa itu erti sebuah TANNGGUNGJAWAB dan aku rasa betapa menyesalnya jika TANGGUNGJAWAB itu tidak dilaksanakan dengan baik. Aku sedar, semakin meningkat umur aku ni, semakin banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul dengan TABAH dan TENANG.

Semoga Allah membantu aku dan seluruh umat manusia di dunia ini untuk melaksanakan tanggungjawab dengan BAIK.. Amin... =)






No comments:

Post a Comment