Labels

Monday, December 16, 2013

SESI PEMBENTANGAN

Alhamdulillah...

Sesi pembentangan telah berakhir...

Kalau mengikut jiwa keanak-anakkan,
Aku mesti akan berpendapat,
 " YES! presentation hari nie dah TAMAT! aku tak faham la kenapa kena present ...haish... aku banyak lagi kerja nak kena buat kot... "

Kalau mengikut jiwa yang 'berumur' sedikit,
Aku akan beranggapan,
"Alhamdulillah, presentation dah habis... aku bersyukur sangat dapat menjayakan presentation ini... dan alhamdulillah, dengan adanya kerja presentation berkumpulan ini, AKU :
1. dapat tahu dengan lebih mendalam tentang powerpoint.
2. dapat kenal dengan lebih rapat dengan ahli group aku lagi2 bila waktu nak buat video tu.
3. belajar untuk lebih punctual semasa membuat perbincangan dengan ahli kumpulan.
4.dapat menjadikan diri aku seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah.
5. dapat menjadi orang yang dapat membuat keputusan dengan lebih cepat.
6. belajar untuk menjadi orang yang tenang dalam menyelesaikan masalah.
7. Dapat banyak sangat informasi semasa aku dan kawan2 nak buat slide presentation.

DAN YANG TERAKHIR, semua ini dapat mengajar aku betapa aku telah mengisi masa aku dengan perkara2 yang berfaedah kerana ada pepatah mengatakan 'Apabila kita membazirkan waktu kita dengan perkara2 tak berfaedah, kita seolah-olah membunuh diri kita sendiri KERANA waktu itu juga ibarat nyawa kita yang perlu dijaga dengan baik .

DAN aku sangat BERPUAS HATI kerana aku TIDAK MENYESAL sedikitpun melaksanakan kerja pembentangan ini kerana aku tidak mensia-sia kan waktu aku .

TERIMA KASIH SIR AZZWAN kerana telah membantu saya untuk tidak mensia-siakan waktu saya dengan perkara2 yang tidak baik dengan memberi kerja pembentangan ini. Semoga Allah dapat membalas semua pengorbanan Sir Azzwan. Amin...  :)

Alhamdulillah...


No comments:

Post a Comment