Labels

Monday, December 16, 2013

s4

Sebuah kelas yang bukan sahaja merupakan tempat belajar untuk DIAJAR teori pembelajaran tetapi DIDIDIK bagaimana untuk menjalani kehidupan dan memahami erti sesebuah kehidupan.

Walaupun Sir Azzwan mungkin adalah antara lecturer yang paling termuda di UKM ini, namun cara pemikirannya mungkin bukanlah ranking yang termuda di UKM ini. Seorang pensyarah yang kami boleh menganggapnya sebagai seorang abang yang baik, yang menjaga adik2nya dengan baik.

Semasa masuk ke dalam kelas ini, mata aku sudah boleh terbuka luas untuk ilmu komputer dan IT. Kelas kami bermula pada pukul 8pagi sehingga pukul 11pagi pada setiap hari RABU. Walaupun hanya ada satu hari sahaja tapi ianya amat bermakna buat kami semua.

Kelas ini juga merupakan tempat untuk 'dikritik' agar dapat menjadi seorang manusia yang dapat menyedari kesilapan yang telah dilakukan seterusnya memperbaiki kesilapan itu dengan baik dengan menggunakan pelbagai alternatif.

Untuk bergelar 'cemerlang' , seseorang itu perlu membuat banyak latihan dengan bersungguh-sungguh. Dengan itu, Sir Azzwan banyak memberi latihan di IFOLIO untuk dijawab oleh kami.

Aku sangat berharap supaya aku terus aktif menulis blog walaupun aku tak ambil lagi subjek ini semester depan kerana itulah harapan Sir Azzwan kepada semua anak muridnya =)


Dan akhir sekali, I LOVE U S4. Thanks FOR everything! =)

No comments:

Post a Comment