Labels

Thursday, December 19, 2013

MATCHING COLOUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Sekarang, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai cara utk "matching colour'' dengan pakaian anda terutamanya.
Sekarang kan zaman dah maju, dan ramai yang suka berfesyen supaya nampak macam professional kan ?
Jadi hari nie saya nak mengajak dan mengajar anda semua cara2 utk matching colour pada pakaian anda agar anda kelihatan "WOW" pada hari ini dan hari2 yang mendatang... Ramai ahli designer yang menggunakan COLOR WHEEL ini untuk memadankan warna.

1. MATCHING COLOUR neutral (putih, hitam @ coklat), anda tidak mempunyai masalah dalam memadankannya bersama warna apapun.

2. MATCHING COLOUR pakaian anda dengan memadankannya dengan warna yang berada di sebelahnya. Contohnya, ungu-violet dengan blue violet . Nampak cun kan ? Nampak padan kan ?



http://informasitips.com/wp-content/uploads/Perpaduan-Warna-Ungu.jpg
 3. Anda juga boleh memadankan warna pakain anda dengan mengambil jarak 2 selang di dalam roda warna. Contohnya, warna blue dengan violet red.

padu padan warna ColorWheel T
4. Memadankannya dengan roda warna dengan membentuk huruf 'T' . Contohnya seperti di atas.

Baiklah kawan2, sampai sini sahaja yang saya ingin kongsikan bersama anda. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua. In Shaa Allah... =)

MENGKARUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ni saya hanya ingin berkongsi pengalaman,
Setelah habisnya LAB TEST 2... YAY!!!,
Tetiba Sir Azzwan tanya kat BETTY ape tah dalam bahasa kelantan,
Aku tak ingat la pulak apa perkataan tu... hehe,
Then, aku tanya Sir dengan Betty,
Then, Sir bagi muka pelik giler sebab aku tak tahu 'perkataan' tu,
Then, Sir tanya 'MENGKARUNG tahu tak ?' ,lebih kurang macam tu la ayat Sir,
Dan sekali lagi aku membalasnya dengan jawapan "mengkarung ? APA TU ?"
Dan Sir Azzwan sekali lagi menunjukkan reaksi mukanya yang bertambah pelik kat aku,
Aku memang SERIUS tak tahu, aku ingatkan benda tu macam biawak ...haish...
Sir siap syorkan lagi SUPAYA aku tengok mengkarung tu kat GOOGLE ...
Nampak sangat kan aku tak tahu DUNIA HAIWAN ...haha...
Dan pengajarannya dalam hidup aku ialah sekarang aku dah tahu apa itu MENGKARUNG... hehe
Mengkarung tu sebenarnya sama je macam CICAK tapi besar sikit la daripada cicak...
Then, warna mengkarung ni terdiri daripada hijau, perang dan kelabu.
Dan terdapat 1200 jenis mengkarung di dunia ni...



CUKUPLAH .



CUKUPLAH...
Berhentilah menjadi orang yang hanya mampu berkata “Kasihan” terhadap orang yang mengalami kesusahan ataupun bencana dalam hidup mereka.
Sebenarnya kan, betul ke anda kasihan dengan mereka ?
Anda sebenarnya hanya berpura-pura berkata sedemikian untuk menyedapkan hati orang itu kan ?
Padahal, anda mungkin TAK SEDAR yang anda sebenarnya telah menyakiti hati mereka yang TERAMAT SANGAT dan ANDA hanyalah menambahkan pe
nderitaan mereka.
Nak tahu KENAPA ?
Sebab anda TELAHPUN memberi mereka kepercayaan YANG AMAT besar.Kerana mereka PASTINYA akan mencari anda apabila mereka ingin meluahkan rasa hati.
Dan mereka akan BERANGGAPAN dan MENGHARAPKAN bahawa anda AKAN memahami keadaan mereka PADA waktu itu,
Padahal ???
Anda marah2 orang tu sebab tak mampu siapkan apa yang anda NAK kan ?
Padahal anda dah tahu apa masalah dia ?
Kenapa YE ?? KASIHAN KAH NAMANYA ?
Kalau dah tahu kasihan tapi kenapa tak tolong sikitpun ? Dan lebih sedihnya lagi bila anda mendesak orang yang anda kasihani itu untuk menurut kata2 anda...
Weyh, kasihan ke ni namanya ? Haa WEYH ?
CUBA KALAU anda berada di TEMPAT MEREKA ? hahaha, mungkin anda tidak berada di tempat mereka kot, dan anda pun TAK KAN MUNGKIN faham keadaan mereka kan ?
Bila anda hadapi kesusahan, bukan main lagi anda INGIN SANGAT semua orang faham perasaan ANDA kan ? Dan, pada masa tu TAKDE SAPE nak tolong anda... haha, padan muka... mungkin tu la DOA kawan anda yang telah anda khianati... JANGAN main2 tau dengan DOA orang yang teraniaya ni... WATCH OUT!
Tu la, lain kali kalau nak cakap sesuatu kat ORANG, FIKIR dulu weyh... jangan main bantai je cakap... CAKAP TU BIARLAH BERMAKNA BUAT DIRI SENDIRI DAN JUGA ORANG LAIN...
DAN JANGAN BUAT orang berharap KAT ANDA... kerana apabila seseorang itu mengharapkan sangat kat anda DAN anda pula TIDAK melaksanakannya, anda mungkin akan berasa HIDUP ANDA TIDAK TENTERAM kerana ada seseorang yang TIDAK AKAN memaafkan anda... kalau dah maafkan pun, PASTI kesan luka di hatinya TIDAK AKAN hilang sampai BILA2 pun... 
Jadi, kesimpulannya di sini...
Kalau dah tahu kasihan kat orang yang mengalami kesusahan dalam hidup mereka, KENAPA TAK TOLONG WEYH ? Walaupun anda tak mampu untuk menolong dengan BANYAK, TOLONG sikit pun jadilah... itu pun dah BERMAKNA buat mereka... dan berita baiknya, anda PASTI akan didoakan oleh mereka dan IN SHAA ALLAH, anda akan mendapat GANJARAN yang sangat bernilai di akhirat sana...AMIN...
MARILAH sama2 kita menjadi ORANG YANG BERMAKNA buat orang lain...AMIN... jangan hanya pandai cakap “kesiannye kau weyh...” , padahal tak tolong pun... haish... mohon dijauhkan lah....

Monday, December 16, 2013

s4

Sebuah kelas yang bukan sahaja merupakan tempat belajar untuk DIAJAR teori pembelajaran tetapi DIDIDIK bagaimana untuk menjalani kehidupan dan memahami erti sesebuah kehidupan.

Walaupun Sir Azzwan mungkin adalah antara lecturer yang paling termuda di UKM ini, namun cara pemikirannya mungkin bukanlah ranking yang termuda di UKM ini. Seorang pensyarah yang kami boleh menganggapnya sebagai seorang abang yang baik, yang menjaga adik2nya dengan baik.

Semasa masuk ke dalam kelas ini, mata aku sudah boleh terbuka luas untuk ilmu komputer dan IT. Kelas kami bermula pada pukul 8pagi sehingga pukul 11pagi pada setiap hari RABU. Walaupun hanya ada satu hari sahaja tapi ianya amat bermakna buat kami semua.

Kelas ini juga merupakan tempat untuk 'dikritik' agar dapat menjadi seorang manusia yang dapat menyedari kesilapan yang telah dilakukan seterusnya memperbaiki kesilapan itu dengan baik dengan menggunakan pelbagai alternatif.

Untuk bergelar 'cemerlang' , seseorang itu perlu membuat banyak latihan dengan bersungguh-sungguh. Dengan itu, Sir Azzwan banyak memberi latihan di IFOLIO untuk dijawab oleh kami.

Aku sangat berharap supaya aku terus aktif menulis blog walaupun aku tak ambil lagi subjek ini semester depan kerana itulah harapan Sir Azzwan kepada semua anak muridnya =)


Dan akhir sekali, I LOVE U S4. Thanks FOR everything! =)

TANGGUNGJAWAB

"Akak, jaga adik ye... mak nak pergi Warta dengan abah... nanti mak belikan makanan "kata mak kepada aku.
"Baik, mak.." balasku sambil tersenyum.
Aku dan adik-adikku memandang dan tersengih di antara satu sama lain. Nak tahu kenapa ? Sebab dalam fikiran kami ni dah rancang nak main apa lepas mak dan abah pergi warta.
"BYE, MAK !!! BYE, ABAH!!!." begitu bersungguh-sungguh aku dan adik-adikku melambai-lambaikan tangan sewaktu mak dan abah keluar dari rumah.
Setelah mak dan abah hilang dari pandangan mata kami, aku dan adik-adikku begitu seronok dan mengambil kesempatan di waktu itu untuk bermain sepuasnya... seronoknya!YAY!
Sedang kami leka bermain, ...
"PRANG !!!" bunyi apakah itu ?
Hmm... tu la bunyi kaca yang pecah di rumah kami.
Pada saat itu aku sangat TERKEJUT dan sangat GELABAH... pada saat itu mata aku hanya FOKUS kepada kepala adikku sahaja... "DARAH ? Kepala ajim berDARAH ? "aku seolah-olah tidak dapat menerima kenyataan itu. Aku menggosok-gosok mata aku dan berharap apa yang terjadi itu HANYALAH sebuah mimpi ngeri. Namun, ia bukanlah satu mimpi, ia adalah sebuah KENYATAAN !
YA ALLAH, aku terlepas tangan adikku sewaktu kami main pusing2. Dan adikku melayang ke arah rak kaca itu,
Setelah aku sedar dari realiti, tanpa berlengah lagi, aku menarik tangan ajim,adikku ke bilik air untuk mengelap kepalanya yang berdarah itu.
Aku dapat merasakan air mata aku mengalir dengan banyaknya pada waktu itu dan aku tiada masa untuk mengelap air mata aku itu tetapi masa itu beralih untuk mengelap darah di kepala adikku,
"Sakit tak, ajim ?" aku hanya putarkan soalan yang sama kepada adikku dan ajim hanya menjawab "Tak.." dan boleh tersengih-sengih lagi. Dan hatiku sedikit reda apabila melihat sengihannya itu. Aku tahu adik aku ingin aku tenang dan dengan coolnya dia menjawab "tak sakit la, kak. Biasa je aku rasa.". Tanpa banyak mulut lagi, aku mengambil minyak gamat dan mengelap kepala adik aku perlahan-lahan menggunakan kapas.
Alhamdulillah, semasa abah dan emak balik, mereka tak marah2 aku.

Itulah kisah benar yang pernah aku alami semasa aku darjah 4. Dari situ, aku kenal apa itu erti sebuah TANNGGUNGJAWAB dan aku rasa betapa menyesalnya jika TANGGUNGJAWAB itu tidak dilaksanakan dengan baik. Aku sedar, semakin meningkat umur aku ni, semakin banyak tanggungjawab yang perlu aku pikul dengan TABAH dan TENANG.

Semoga Allah membantu aku dan seluruh umat manusia di dunia ini untuk melaksanakan tanggungjawab dengan BAIK.. Amin... =)






SESI PEMBENTANGAN

Alhamdulillah...

Sesi pembentangan telah berakhir...

Kalau mengikut jiwa keanak-anakkan,
Aku mesti akan berpendapat,
 " YES! presentation hari nie dah TAMAT! aku tak faham la kenapa kena present ...haish... aku banyak lagi kerja nak kena buat kot... "

Kalau mengikut jiwa yang 'berumur' sedikit,
Aku akan beranggapan,
"Alhamdulillah, presentation dah habis... aku bersyukur sangat dapat menjayakan presentation ini... dan alhamdulillah, dengan adanya kerja presentation berkumpulan ini, AKU :
1. dapat tahu dengan lebih mendalam tentang powerpoint.
2. dapat kenal dengan lebih rapat dengan ahli group aku lagi2 bila waktu nak buat video tu.
3. belajar untuk lebih punctual semasa membuat perbincangan dengan ahli kumpulan.
4.dapat menjadikan diri aku seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah.
5. dapat menjadi orang yang dapat membuat keputusan dengan lebih cepat.
6. belajar untuk menjadi orang yang tenang dalam menyelesaikan masalah.
7. Dapat banyak sangat informasi semasa aku dan kawan2 nak buat slide presentation.

DAN YANG TERAKHIR, semua ini dapat mengajar aku betapa aku telah mengisi masa aku dengan perkara2 yang berfaedah kerana ada pepatah mengatakan 'Apabila kita membazirkan waktu kita dengan perkara2 tak berfaedah, kita seolah-olah membunuh diri kita sendiri KERANA waktu itu juga ibarat nyawa kita yang perlu dijaga dengan baik .

DAN aku sangat BERPUAS HATI kerana aku TIDAK MENYESAL sedikitpun melaksanakan kerja pembentangan ini kerana aku tidak mensia-sia kan waktu aku .

TERIMA KASIH SIR AZZWAN kerana telah membantu saya untuk tidak mensia-siakan waktu saya dengan perkara2 yang tidak baik dengan memberi kerja pembentangan ini. Semoga Allah dapat membalas semua pengorbanan Sir Azzwan. Amin...  :)

Alhamdulillah...


Saturday, December 14, 2013

LOBAK MERAH !

LOBAK MERAH ... 
Ramai yang menggunakan lobak merah di dalam masakan masing2... sedapnya...
Dan ada juga yang membuat JUS LOBAK MERAH ... yummy...
Dan sekarang aku nak cerita kat korang semua KHASIAT lobak merah...

KHASIATNYA :

1) kaya dengan dengan unsur galian seperti alkaline dan juga “carotene” yang menjadi unsur Vitamin A dalam badan.

2) kaya dengan zat besi yang mana membantu dalam penghasilan sel-sel darah merah dalam tubuh badan.

3) mengandungi empat kali ganda kandungan asid posforan dan ini amat penting untuk kesihatan otak kita.

4) Zat vitamin A serta zat besi dapat mencantikkan kulit seseorang.

5) unsur insulin dan tokokinin dalam lobak merah menolong seseorang yang mengidap penyakit diabetes atau kencing manis.

6) Mengandungi unsur antiseptik yang mana dapat membersihkan poros usus dari pelbagai kotoran dan racun makanan.

7) Baik untuk ibu-ibu yang sedang mengandung atau yang menyusukan anak-anak kerana kandungan lobak merah dapat menambahkan kuantiti susu.

SYUKUR

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all of you,
Now, the theme for this week is 'syukur',
Alhamdulillah, I have finished my powerpoint presentation,
And everything berjalan dengan lancar,
But, kepenatan membuat video itu masih terasa,
First, kami dah siap pun video tu,
Tapi video tu senget pulak ,
Then, terpaksa buat video yang lain sebab tak boleh nak rotate,
Bila kami buat video baru pulak,
Video tu jadi bertambah terbalik,
Dah la tak boleh nak rotate,
Haish... semua dah give up dah time tu,
Tapi, kami ambil kata sepakat yang last ni kena buat betul2,
Dan alhamdulillah semuanya menjadi,
Seterusnya kumpulan kami membuat slide uk presentation,
Kami bersama-sama mencari idea untuk menghasilkan slide yang terbaik,
Aku sangat bersyukur sebab dapat satu kumpulan dengan aisyah khalil,ana, dan mizah.
Sebab time ni la aku rasa betapa seronoknya kerja berpasukan.
Dan alhamdulillah,
Masa hari presentation berlangsung semuanya berjalan dengan lancar,
Walaupun ada sedikit masalah teknikal,
Dan Sir Azzwan pun memberi komen yang agak baik untuk kelas kami,
Dan Sir takde la marah2 pada hari tu.
Aku rasa free sikit sekarang sebab banyak kerja dah siap...
Ahamdulillah....