Labels

Saturday, November 30, 2013

Siapa Yang Penting Dalam hidup ?

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua..
Hari ni aku nak cerita pasal orang yang paling penting dalam hidup aku,
Dan of course, FAMILY aku la!
sumpah ! Aku sayang FAMLY aku =)

Dalam hidup aku, aku ada 8 orang yang paling BEST dalam hidup aku,
Dan aku sangat bahagia hidup dengan mereka SEMUA,
Mereka sangat best kerana mereka semua sangat memahami keadaan aku,
Mereka lebih tahu dan memang dapat detect bila time aku susah, happy,
Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana memberi aku keluarga ini,
Kadang2 aku dapat merasakan yang keluarga aku ni juga adalah sahabat yang paling TERBAIK aku,
Sebab aku rasa sangat sedih bila salah seorang tiada di rumah,
Kerana mereka semua ibarat hati aku...
Di antara ahli keluarga aku semua, aku sangat berharap semoga aku dapat 'pergi' dulu daripada mereka,
Kerana bagi aku, aku tak sanggup menghadapi kehilangan mereka untuk selamanya,
Aku PALING tak suka tengok family aku berpeluh banyak, bekerja keras,
Terutamanya emak dan abah, sebab aku rasa sedih sangat...
Mereka telah banyak mengorbankan segala2nya untuk aku,
Dan aku sangat respect emak 100% sebab telah melahirkan aku dengan bersungguh2 ke dunia ini,
Aku SANGAT tahu yang emak sangat sakit ketika melahirkan aku,
Aku SANGAT tahu yang emak menangis nak melahirkan aku,
Dan sakitnya hanya emak je yang tahu,
Dan aku sedar yang aku juga aka merasai kesakitan untuk melahirkan itu satu hari nanti.
Aku TAK MAMPU membalas jasa dan pengorbanan emak... dan aku takkan mampu...
Abah juga sama, 100% aku respect,
Abah begitu bersungguh2 untuk bekerja,
Aku selalu terfikir yang aku takkan mampu bayar balik duit belanja sekolah yang abah bagi kat aku dari dlu lagi,
Aku rasa mesti jumlahnya dah lebih dari berjuta-juta ringgit...
Sekarang nie abah dah tua, umur abah dah 60 lebih,
Sepatutnya abah dah boleh rileks sekarang, tapi abah tetap nak kerja,
Sebab abah cakap abah nak anak2nya berjaya...
Aku rasa sedih sangat,
Bila time aku main2 masa belajar, aku akan rasa menyesal yang amat sangat,
Kerana aku seolah2 mengkhianati keluarga aku sendiri,
Selain itu, adik-beradik aku juga selalu membantu aku tanpa jemu,
Aku sangat menghargai mereka semua dalam hidup aku,
Bagi aku, takde sape pun kat dunia nie yang aku respect sangat melainkan Nabi Muhammad S.A.W, emak, abah dan adik-beradikku yang lain.
Dan aku sangat sayang kat mereka semua...
Semoga Allah memberi kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada mereka semua... AMIN... =')






No comments:

Post a Comment