Labels

Monday, April 28, 2014

Belajar dari kesilapan

Belajar dari kesilapan adalah perkara yang sangat menyeronokkan dalam hidup kita. Sebab ianya dapat membuat kita utk tak ulang lagi kesilapan yang sama dan terus berusaha untuk meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki diri.Hari tu aku ada jual popia goreng. Tujuan sebenar aku adalah untuk belajar buat perniagaan yang sebenar. Aku rasa seronok buat bisnes sebab kita adalah BOS. haha. Duit semua kita punya dan kita on the spot dapat duit daripada titik peluh kita. Aku tahu ada hikmah daripada kesusahan yang aku alami. Dari situ, aku belajar bagaimana cara utk menyelesaikan masalah aku. Dan aku rasa berniaga adalah jalan yang terbaik.Huhu, bukan senang nak ajak family aku berniaga sbb semua takut benda tak jadi.Tapi bagi aku, belum cuba belum tahu.Kenapa nak mengalah dari awal. Kita diberi banyak peluang baik dalam hidup kita kan. Kenapa kita bodoh nak lepaskannya? kan?. Sebelum nie, kalau nak belajar bisnes kat kuliah selalu belajar pasal teori je.
Tapi, lepas dah jual popia nie baru la aku tahu dan nampak segala2 benda yang aku belajar kat kuliah. Banyak kesalahan aku buat, mungkin sebab 1st time buat bisnes.Takpe, aku yakin orang yang lebih banyak melakukan kesilapan adalah orang yang paling berjaya nanti sebab dia tahu setiap kesilapan itu berbanding orang yang bajet2 bagus. Lastly, terus belajar erti kehidupan k =)






No comments:

Post a Comment