Labels

Monday, April 28, 2014

27/4/2014

Hari kedua berniaga

Masa : 2.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Rumah
Gerak kerja
-Membuat sos cili/ kuah.
-Menggoreng popia.
-Memasukkan kuah yang siap dimasak dan popia yang digoreng ke dalam packaging dan disusun ke dalam bakul.

Masalah : Ada popia yang pecah semasa digoreng.
Penyelesaian : Masukkan inti popia dan digoreng pada hari yang sama.

Masa : 5.00 pm - 6.00 pm
Tempat : UKM
Gerak kerja
-Menjual popia (tingkat 1, blok A1, KPZ) sebanyak 48 unit.
(5 unit = RM 2)

-Alhamdulillah, habis dijual ! dapat RM18 =)

26/4/2014

Hari pertama berniaga

Mencari bahan.
Masa : 10.00 pagi-12.30 tgh hari
Tempat : Giant Mall dan Econsave.
Gerak kerja
Bahan-bahan yang dicari ialah :
popia
1. kulit popia
2. ketam
3. sengkuang
4. lobak merah
Kuah
1. Cili besar

Memasukkan inti popia.
Masa : 10 malam
Tempat : Rumah
Gerak kerja
-Memasukkan inti (sengkuang, lobak merah, dan ketam) ke dalam kulit popia.
-Mengira jumlah yang akan digoreng dan dijual keesokkan harinya (50unit) dan selebihnya untuk    makan di rumah. Jual sikit2 dulu, tgk keadaan.
-Menyimpan di dalam peti sejuk utk digoreng keesokan harinya.





Belajar dari kesilapan

Belajar dari kesilapan adalah perkara yang sangat menyeronokkan dalam hidup kita. Sebab ianya dapat membuat kita utk tak ulang lagi kesilapan yang sama dan terus berusaha untuk meningkatkan keyakinan diri dan memperbaiki diri.Hari tu aku ada jual popia goreng. Tujuan sebenar aku adalah untuk belajar buat perniagaan yang sebenar. Aku rasa seronok buat bisnes sebab kita adalah BOS. haha. Duit semua kita punya dan kita on the spot dapat duit daripada titik peluh kita. Aku tahu ada hikmah daripada kesusahan yang aku alami. Dari situ, aku belajar bagaimana cara utk menyelesaikan masalah aku. Dan aku rasa berniaga adalah jalan yang terbaik.Huhu, bukan senang nak ajak family aku berniaga sbb semua takut benda tak jadi.Tapi bagi aku, belum cuba belum tahu.Kenapa nak mengalah dari awal. Kita diberi banyak peluang baik dalam hidup kita kan. Kenapa kita bodoh nak lepaskannya? kan?. Sebelum nie, kalau nak belajar bisnes kat kuliah selalu belajar pasal teori je.
Tapi, lepas dah jual popia nie baru la aku tahu dan nampak segala2 benda yang aku belajar kat kuliah. Banyak kesalahan aku buat, mungkin sebab 1st time buat bisnes.Takpe, aku yakin orang yang lebih banyak melakukan kesilapan adalah orang yang paling berjaya nanti sebab dia tahu setiap kesilapan itu berbanding orang yang bajet2 bagus. Lastly, terus belajar erti kehidupan k =)