Labels

Saturday, February 22, 2014

Semester 2

Assalamualaikum, semua.
Dah lama saya tidak menulis blog.
Dan sekarang saya ada cerita nak bagitahu anda semua.
Saya dah pun masuk SEM 2 sekarang !
Jadi jom kita mulakan hidup baru yg lebih bermakna
Dan lupakan hidup di zaman kucar-kacir dan zaman jahiliyah di SEM 1.
Hehe.
Dan SIR AZZWAN ajar saya lagi sem2 nie... YAY !

Azam saya sekarang ialah :

1 ) Saya akan sediakan satu buku kecil utk catat segala kerja rumah.Buku tu tak boleh diconteng dan lukis2 gambar kartun lagi.

2) Saya akan buat jadual utk saya ulangkaji dan buat segala kerja. Sekarang nie saya ambil kerja sambilan. Sebab saya lagi prefer guna duit sendiri drpd minta kat mak ayah. Seperti yang Sir Azzwan pesan, "HIDUP JANGAN MENYUSAHKAN ORANG ". Jadi, sebagai org yg dah berumur 20 tahun, saya kena buat jugak semua nie supaya tak tension. huhu, dah tua rupanya.

3) Saya akan sediakan satu fail supaya kerja2 tu tak diletakkan merata2 dan senang nak cari.

4) Saya akan cuba sedaya upaya utk siapkan segala tugasan yg diberikan. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan semua org yg berada di sekeliling saya.

5) Saya akan fokus dalam kelas dan dengar serta salin isi yg betul2 penting.

Saya rasa cukup setakat ini kot saya nak cerita. hehe.
Semoga apa yang saya azamkan akan saya lakukan dengan sepenuh hati.
Kalau saya terlupa @ malas, saya amat mengharapkan org2 disekeliling saya utk menegur saya.
huhu..

Ok. Assalamualaikum.