Labels

Tuesday, May 20, 2014

Seronoknye! Baiknya dorang !

Pulau Pinang.... Aku rindu sangat ! =)
Cerita nye bermula begini...

Malam sudah tiba tetapi aku masih belum menyelesaikan semua tugasanku lagi. Tetapi, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Aku segera mengangkatnya setelah aku melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefonku. Kak Fathiah yang menelefonku. Kak Fathiah bertanya sama ada aku free atau tak besok (hari jumaat, sabtu dan ahad). Pada mulanya, aku menjawab yang aku sibuk sebab banyak sangat kerja yang aku tak dapat nak siapkan. Tapi, kak fathiah kata yang dia nak ajak aku pergi pulau pinang. Aku terkejut dan sangat teruja... Pulau Pinang ??! Wow... seronok dan jauhnye... Dan kerana rasa teruja yang teramat sangat, aku terus tidak memikirkan kerjaku yang berlambak2... Dan secara automatiknya aku segera menjawab dengan teruja "NAK ! NAK !" tanpa meminta izin daripada mak, abah dan family aku. Aku memang nak sangat pergi jauh dari bangi untuk sementara waktu sebab rasa sangat terbeban dgn kerja yang sangat banyak. Selepas mematikan panggilan daripada kak fathiah, aku segera memberitahu emak, angah dan semua family aku. Tapi, jawapan mereka sedikit menakutkan aku. Mereka berkali-kali mengatakan "aku akan dijual di Thailand" dan "boleh percaya ke kakak2 tu semua". Tapi hati aku sangat kuat untuk mengatakan yang Kak Fathiah dan Kak Lila takkan buat aku macam tu. Dan aku sangat yakin. Aku tetap dengan keputusanku untuk pergi ke Pulau Pinang.

Petang itu aku pergi ke kelas Mikro. Aku mencari kak fathiah. Tapi kak fathiah tak datang kelas. Setelah tamat kelas mikro, perasaan teruja itu kembali lagi. Aku menunggu panggilan dari kak fathiah dan kak lila. Tetapi, dalam waktu yang sama, Teha, Tini dan Izyan mengajak aku untuk membuat video untuk subjek marketing. Pada mulanya aku okey. Kitorang buat video tu semua. Tapi masa tu dah nak dekat pukul 7 malam. Aku mula risau. Aku risau pukul berapa aku akan sampai ke Pulau Pinang kalau gerak dari Bangi pun dah malam. Aku berkata kepada Teha dan Tini yang aku kena pergi ke Pusanika sekarang. Dan kami semua pun bersurai. Tapi, bila aku singgah di surau pusanika untuk ke tandas sekejap, Teha telefon. Dan mengharapkan aku dapat datang ke za'ba untuk terus membuat video itu lagi. Tapi, aku menolak kerana Kak Fathiah dan Kak Lila telah menunggu aku di pusanika. Teha macam sedikit terkilan dengan jawapan aku. Aku rasa bersalah. Dan aku berharap teha tak merajuk lagi kat aku bila aku balik ke Bangi semula.

Aku kini berada di dalam kereta kak Fathiah. Aku ingatkan kak fathiah dengan kak Lila naik kereta api pergi ke Pulau Pinang. Tapi, rupa2nya naik kereta... seramnye... tapi, aku yakin kak fathiah dan kak lila akan berhati-hati di jalan raya. Kak  Fathiah dan Kak Lila menggunakan GPS untuk ke Pulau Pinang. Tapi, Kak Fathiah pergi ke rumah pakciknya di subang untuk bagi ulam.


Monday, April 28, 2014

27/4/2014

Hari kedua berniaga

Masa : 2.00 pm - 5.00 pm
Tempat : Rumah
Gerak kerja
-Membuat sos cili/ kuah.
-Menggoreng popia.
-Memasukkan kuah yang siap dimasak dan popia yang digoreng ke dalam packaging dan disusun ke dalam bakul.

Masalah : Ada popia yang pecah semasa digoreng.
Penyelesaian : Masukkan inti popia dan digoreng pada hari yang sama.

Masa : 5.00 pm - 6.00 pm
Tempat : UKM
Gerak kerja
-Menjual popia (tingkat 1, blok A1, KPZ) sebanyak 48 unit.
(5 unit = RM 2)

-Alhamdulillah, habis dijual ! dapat RM18 =)